Makan ni bagi aku adalah salah satu nafsu yang, ish…….sgt sukar di kawal. Majority perempuan ni yang selalu sibu2 nak jaga makan, takut la kan naik berat badan. Pernah sekali aku macam hampir tak habis makan di rumah dengan keluarga…….kemudian terpacul la soalan mengejut lalu membuatkan ku terkentut sedikit, dari abang kesayangan ku (Along) kepada ku yang berbunyi seperti ini:-
Along : akak,kenape perempuan selalu x habis makan ye? Kat café selalu along tengok deorang lepas makn2 ngan geng, tinggal pinggan x habis makan, nape ye?
Aku dengan bajetnyer sebagai wakil perempuan yang ayu lagi lemah lembut….~ membidas fakta itu..
Aku( akak) : Banyak kowt deorang amek nasik, n maybe x larat nak makan kowt waktu tu.
Along : abes amek la nasik sikit jew awal…..ala korang wat2 bajet kan x makan banyak…mende kat bilik nah…..nasik bedal, pisang goreng sebungkus telan ngan chip more lagi. Kat café wat bajet….
(lalu abang aku berlalu dari meja makan begitu sahaja dengan pinggan yang licin di tangan menuju ke sink)
Aku ketawa kecil dan terkesima sementara dengan statement yang di luahkan oleh abang ku itu. Ada betulnyer juga dengan kata2 abangku itu. Lalu aku serta merta berpaling ke arah pinggan ku. tanpa kesedaranku ia telah kelihatan licin tanpa sebarang sisa walaupun sudah 2kali tambahan nasik ku suapkan ke mulut ku. Kelicinan pinggan ku ialah 80% sama dengan keadaan sebelum aku memulakan penjamahan aku. Mungkin soalan dari abangku terluah kepadaku kerana kemusykilannya terhadap adik perempuannya yang lain dari kebiasaan yang dilakukan oleh perempuan lain. Sukar untuk ak mengawal keinginan ku untuk tidak menjamah makanan walaupun ketekadan aku untuk mendapat menjadi kurus seperti Seohyun Girl Generation dan menari Gee,gee, gee, gee, baby ~ kalo nak dirumuskan cara permakananku memang serabai seh…..
No comments:
Post a Comment