Popular Posts

Sunday 25 December 2011

Love Story Part 1

Menyilang kaki sambil meneguk secawan Coffee…..~ “Uhhhh……romantiknyer scene ni”. (dengan angin sepoi2 bahasa meniup perlahan).


 Tajok entry ak ni mcm leleh sgt plak, dgn page dh berubah wajah cute2 sikit kan…..hik3. Ilham menulis kali ini datang tiba2 apabila sudah berada di akhir tahun 2011 yang kian hampir dan semesta ku yang akan berakhir dan start cuti “vacation” kecil ku tidak lama lagi ini membuatkan ku merenung sementara perjalanan ku sepanjang sem di UMS ini. Adakah ku sudah mempunyai semangat Bertekad Cemerlang itu? Tapi walaubagaimanapun kehidupan ku di Tanah Seberang Sabah ini,
 [ I still LOVE you] YOU =  “Perjalanan Hidup…..karana mu aku banyak belajar. Ok, start….

Hujung bulan September 2011….

Aku terbang menggunakan ‘tenggiling’ ini…..bersama tenggiling Leha. Eh~


Sesampai sahaja ku di Sabah, ak menginap di rumah sewa sementara kami di IP, mmg penuh kowt dengan budak SPTA. ciap PM SPTA pun ada.

 Ahli rumah Singgah Sana itu:-


1. Tuan Rumah
ISMA @ RAMBO

2. Merangkap Tuan Rumah
  FARAH cute  ♥   


















3.Leha 4.Alya  5.Hazwani  6. Miera Yazid  7.Ainul  8.Idzyan  9.Dayah  10.Ummu   11.Ecah

Sebulan hanya kami menginap di situ, setelah itu masing2 mendapat Kediaman Singgah Sana di bawah tadbiran Ums. Kami semua terpisah merata. Aku dapat di University Appartment  bersama2 tenggiling Leha dan Rimbawati Rambo. Memang agak susah kowt nak pergi kelas, banyak berjalan, mmg kurus la ramai orang kata. (kurus kew, saper kata ntah??~)

Hari-hari ku ke kelas SPTA

Seturunnya ak di depan SPTA dari kenderaan usung ku ini, iaitu…..Bas UMS~


Didalam kesempitan manusia, ku redah dengan jayanya untuk menuju ke pintu bas untuk turun. Setelah beberapa saat yg dasyat dengan pelbagai cara lenggukkan badan bagi tidak mengenai sesiapa serta bau-bauan yang sedap dan sadis ku hirup, Berjaya juga ku m’bebaskan diriku dari perut bus itu. Terus ku bergegas ke kelas tanapa mengendahkan penampilan baru ku itu yg bertudung senget kesan daripada gasakkan dlm bas tadi. Naaahh….mmg “Ser…” la aku ni.

“ape nie, tajuk Love Story, tp citer ntah aper2…..x de cinta mende pun ni,adeh…” mesti korang fikir mcm ni kan…..

Sebagai jawapannyer….bior la, ade kew ckp Love Story ni ak nk citer psal saper2 ke. Cinta bkn kat orang jew spesifik lagi LELAKI, boleh cinta lain2 jugak and ni Blog sayer…….bior le. Yek Yek

(sekali x de org pn tertanye2 kowt, naaahhh perasan seketul ko Farah oi~) Ok sambung…

Di Kelas HG23 yang Ku Sayangi  

Akibat keadaan kelam-kabut ku telah membuahkan suatu situasi yang sukar di kawal oleh minda dan juga fizikal terutama sekali di bahagian kelopak mata, ia bagaikan berat dan sentiasa ingin melabuhkan tirainya….arghhh~

Inilah hasilnya…..amek~
Namun, setelah tamat sahaja kelas. Setiap pelusok kelas ak menjadi hampir begini sudeh~

yeeehhhaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Laju jew kuar kelas dgn dendangan keroncong perut kosong masing2 bergegas ke gerai yang diidami hati masing2 bersama rakan handai dan taulan untuk menjamah makanan idaman. Memang kalo di kenang rutin harian ini agak bosan dan tiada perbezaan dari ketika kita di sekolah rendah, menengah or matrik, namun pada SEM ini, SEMESTER terakhir kami semua telah dikejutkan dengaaaaaaaaaaan…..

FINAL YEAR THESIS PROJECT…. OMMOoo~







 (ni mmg reaksi sebenr aku pun)


Memang agak mencabar perjalanan kehidupan ku la setelah Kajian tersebut mula dijalankan…. Mahu tidak mahu, ini merupakan salah satu fasa yg perlu diharungi oleh semua Para Mahasiswa. 

Mau tau bagaimana perjalanan kehidupan ku selepas itu, nantikannya dalam buku seterusnya jilid 145, ms 6832. Maaf di pohon sekiranya ada tersilap bahasa dalam penulisan ini, maaf kerana tidak mampu untuk meneruskan penulisan gara2 kepenatan mata ku ini serta untuk merebahkan diri sementara untuk aktiviti istirehat di Bantal…sorry, berenti begitu sahaja bagai serabai seh…

Friday 9 December 2011

Orang Veteren...

“Tuai padi antara masak…~ esok jangan, layu-layuan…… intai kami antara Nampak, esok jangan....rindu-rinduan....” 
lalalallalalalalaa…..(smbil menari lemah gemalai). Solute la org2 veteren dolu2 atau lebih sesuai digelar orang seni..lagu, ayat sumer nak puitis, tgkap leleh…..smpy meleleh air liur layan mksud lagu atau ape2 la yang di karang oleh orang lama ni. Banyak ungkapan atau bicara yang dituturkan berlapik-lapik atau tersirat maknanya yg kadang2 pening2 gk kot nk pham zaman sekarang ni. Bagi diriku, isi tersirat lebih mengusik jiwa daripada isi tersurat….aiiiiiseh, puitis gak aku ni ek~ bkn ape, peredaran zaman yg sibuk mengejar dan bergegas mencapai sesuatu ni buat kita lupa tentang kesenian bahasa dalam kehidupan seharian kita….ni antara contoh perktaan tersirat ZAMAN MODEN:-

143 = I love you????

Jgn nak perasan, I hate you boleh, I miss you boleh, I like you boleh. Daah…mane satu ntah mksudnyer.

B4 = before

4u2c = for you to see….nah, ni yg pling x leh blah, ayt pnjg jadi 4 abjad trus…mmg saved kredit toi tu..

C U 2mrrow = see you tomorrow

CUDIPT = see you di IPT

Ckp pn nk omputeh jew plak tu.Kemana hilang bahasa ibunda kita, bahasa Melayu…..haa!!! (kmbang kempis hidung sbb terlebih smgt patriotik)..ni sebenarnya panas gara2 kene present FYP dlm BI, tu angin semcm ni….

Berbalik pada cerita di atas, orang VETEREN ni jiwa seni dia kuat…..senang citer tgok citer P.Ramlee la…..nak mintak maaf, boleh nyanyi…maafkan kami3x”……(versi lelaki) kalo (versi pompuan) pun ade, korang jew x perasan……


             ”Ala payung hai payung, hai ketipang payung,        
              payung sutera, nak raja muda;
              ala tolong la tolong, hai cik abang tolong,
              jangan lah marah, pada adinda.”                                 
                         
                         Rujukan:Nujum Pak Belalang

walaubagaimanapun kemajuan atau kemodenan yang dialami zaman sekarang, walau betapa kunonya cara-cara orang zaman dulu namun kedua2 zaman ini mempunyai masalah yang sama iaitu ingin menyampaikan mesej yang tersirat di hati….aiiiisehhhh man la ak ni. THUMBS UP la kat penulisan ak kali ni…hahahaha (masuk bakul angkat sendiri)…tgok, malu pn boleh ngaku guna perumpamaan, bagus la orng dolu2….
Hati, minda, dan perasaan ku tidak Serabai seh… 

Wednesday 23 November 2011

SURAT BERANTAI..

Kepada SEMUA pengikut SETIA blog saya, saya nur farahwahida sgt2 la merasa terharu atas KESETIAAAAAAAAAAAAN……anda semua mengikuti blog sayer……..pertama sekali saya ingin mengucapkan RIBUAAN terima kasih atas SURAAAAAAAATTTT……..yg  membuat saya yer…..ingin meluahkan something di sini……OK, start…..now…
Ni balas nyer….
‘nak follow blog bley?????” nak follow……follow la fool pn bleh…nk ikot, amek ko bacer ni….nak bacer, ko bacer laaa. Ni la gunernyer teknologi…..sume info hanyer di hujung jari…ape barang main tulis2x tak pueh hati ni kt kertas exam plak tu,x moden lngsung la….”bukk kat bilik tau….” Mamp…….(censored, this is the right one to spell it) …..

Ak nak duk maner, kg.tersusun??? lorong lima???? Bior la kt ak….ado ko kaco idop mu ei jang….adoh la jang o jang oi……
Ak nak smpaikan pesanan kat radio kew, kat tv kew, kat astro kew, kat mane2 kew………bior la……ak de BROADBAND COMEY ak….bior la…ak nk gelak hihihihihihihihihihihihihiihihihihihihhi kat Abg Dj, biar la….ak kan COMEY….aaah, ak bajet comey…..ak MEMANG bajet COMEY……So~~
Barang ak sumer bukn brg budak kecik….sebab orng yg menilai tu yg luar daerah kwsan AWAL REMAJA…so sumer bende pn nmpk mcm childish…do you get it……NOW……uncle~

NAk ak update……ni yg latest….tolong la, conteng2 ak x dpt la nk bls tulis2,pe barang….this is one of advantages blogging ok….ni ak nk speaking bkn sbb nk bajet UPTOWN….ak kg ulu ko ckp???? Sorry, ak duk hilir ek, hilir PERAK…..tau ke kt ne, tgok peta…..kan sorang lagi dak tu tau sumer name skolah kat teluk intan…mestiLAH tau…….speaking2 ni ntuk tmbhn ilmu supaya tidak mudah DITINDAS oleh ORG lain….paham…..orang kampong kew bandor ke sumer bleh nak speaking…ak mmg duk kampung, Kg. Chenderong Balai……..ak bangga duk kg tu~

Tarik nafaaassss……….hembusssss…..

Ok, ak dh tenang ckit sekrang……ak boleh mendptkan inner peace aku…..
Di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang salah satu tip untuk mendapatkan ketenangan jiwa, iaitu setiap malam sebelum tido cubeeeeeeer….wlupun sukar, cuber maafkan ‘KESALAHAN’ DAN ‘DOSA’ yg orang lain lakukan terhadap kiter….InsyaAllah berkesan….
Ape –ape pun, serabai seh…. Publish Post 

Wednesday 19 October 2011

Benda Baru

Aku seorang yang tidak gemar merubah keluk kehidupan ku dengan secara tiba2. Perjalanan  kehidupan ku boleh di katakan mendatar sahaja selalu. Walau bagaimanapun ak cuba mengatur kan perjalanan hidup ku ini untuk sentiasa lurus ke jalan yang nyata. Namun pasti terdapat beberapa halangan yang mengganggu juga di persimpangan jalan (ceeewah~ mcm ayt novel, pergh la). Oleh sebab itu juga ia telah sedikit memberi impak kepada kekurangan sense of women aku. Hal ini terbukti dengan pemakaian ku yang seiring sama dengan abangku ketika aku di awal tingkatan 1. Foto yang terjengah di para buku rumahku itu ku tarik dan ketawa menerjah ruang tamu ku. Gambar itu menunjukkan betapa bungul nyer aku berpakaian begitu:-

 Seluar = seluar slack kiko coklat

t-shirt = t-shirt printed gambor Tom&Jerry (masuk dalam seluar ye)
tudung = tudung fesyen ikat belakang

Ya ampun, ape kejadahnya pemikiran aku ketika itu. Senyuman yang terukir di wajah ku bukan nak kata la, memamng 100% bajet cun. Oleh kerana aku membesar tanpa kehadiran seorang kakak, role model ku hanya tertumpu pada abangku. Apabila sahaja ak menceritakan perihal ini kepada rakan2 seperjuangan ku yang lain pasti mereka memberi reaksi yang sama “ye ke, memang la ko serabai”…. SO WHAT?!
Berbalik pada main point di atas, perubahan yang mendadak akan selalu membuat aku rasa sangat susah pada permulaan nya. Jadi TOLONG LAH!!!! …….JANGAN !!!!!!  terasa hati pada sesiapa yang cuba untuk menambah kan rempah atau sesuatu yang baru dalam pejalanan kehidupan ku ini, sekiranya Saya selalunya tidak dapat yeee menerime yeeee (toleh kiri kanan sikit) cadangan anda semua. Arghhhhhhhhh, stresss la…..
Nak berubah kene ade KOMITMEN……aduh la….ntah la….wow aku tulis blog sebab stressss….warghhhhhhhhh.
Ok, tenang balik Farah….Tarik nafas dalam-dalam~ (kembangkan hidung sebesar serombong)
Dan lepaaaaaaaaaassss…………haaaaaaaaaahh!!!!! (nah amek ko bau mulut).
Baik ye, ketenangan akan….akan….datang dari jiwa yang tenang yep, Yep. Dari minda yang cerdas dan selami jiwa. (johan telah byk memberi pengaruh dalam hidup aku), argh~ Serabai Seh...

Tuesday 11 October 2011

Makan

Makan ni bagi aku adalah salah satu nafsu yang, ish…….sgt sukar di kawal. Majority perempuan ni yang selalu sibu2 nak jaga makan, takut la kan naik berat badan. Pernah sekali aku macam hampir tak habis makan di rumah dengan keluarga…….kemudian terpacul la soalan mengejut lalu membuatkan ku terkentut sedikit, dari abang kesayangan ku (Along) kepada ku yang berbunyi seperti ini:-

Along : akak,kenape perempuan selalu x habis makan ye? Kat café selalu along tengok deorang lepas makn2 ngan geng, tinggal pinggan x habis makan, nape ye?

Aku dengan bajetnyer sebagai wakil perempuan yang ayu lagi lemah lembut….~ membidas fakta itu.. 

Aku( akak) : Banyak kowt deorang amek nasik, n maybe x larat nak makan kowt waktu tu.

Along : abes amek la nasik sikit jew awal…..ala korang  wat2 bajet kan x makan banyak…mende kat bilik nah…..nasik bedal, pisang goreng sebungkus telan ngan chip more lagi. Kat café wat bajet….
(lalu abang aku berlalu dari meja makan begitu sahaja dengan pinggan yang licin di tangan menuju ke sink)

Aku ketawa kecil dan terkesima sementara dengan statement yang di luahkan oleh abang ku itu. Ada betulnyer juga dengan kata2 abangku itu. Lalu aku serta merta berpaling ke arah pinggan ku. tanpa kesedaranku ia telah kelihatan licin tanpa sebarang sisa walaupun sudah 2kali tambahan nasik ku suapkan ke mulut ku. Kelicinan pinggan ku ialah 80% sama dengan keadaan sebelum aku memulakan penjamahan aku. Mungkin soalan dari abangku terluah kepadaku kerana kemusykilannya terhadap adik perempuannya yang lain dari kebiasaan yang dilakukan oleh perempuan lain. Sukar untuk ak mengawal keinginan ku untuk tidak menjamah makanan walaupun ketekadan aku untuk mendapat menjadi kurus seperti Seohyun Girl Generation dan menari Gee,gee, gee, gee, baby ~ kalo nak dirumuskan cara permakananku memang serabai seh…..

Thursday 6 October 2011

Kerja

Tahun ke 3 atau tahun terakhir merupakan tahun yang paling mencabar bagi sume students la. Corak ataau pola kehidupan pelajar atau lebih dikenali sebagai ‘Student’s Life’ akan di penuhi cabaran, dugaan serta onar dan duri yg melilit hinggterbelit kaki. Namun sebagai seorang pelajar yang berdedikasi, berinformasi dan suka menghirup Sarsi perlu kental dan kuat supaya tidak tersadung dan tersembam dalam perjalanan. Thesis merupakan satu perkataan yang hmpir menampar gegendang telinga bagi semua pelajar kos kami, termasuk aku…. “dah siap proposal?” satu soalan pendek namun mampu membuat darah mangsa bederau hingga ke kepala. Perjumpaan kedua bersama pensyarah penasihat or supervisor merupakan ‘pertemuaan…….sekali ini,~~, bagi diriku…amat beerti’…lagu ni sangat sesuai dengan jiwaku ketika itu. Segala masalah permasahalahan nyer pun…..adoi~ (sasul mcm johan la plak acai oi) telah selesai dengan jaya nye pun hadoi la ter ber….OMG, diz situation had become worse….. tengok, ckp omputih plak…Final sem merupakan semester mencabar  bagi sumer student terutama sekali student lepasan matrik. Ape2 pun keadaan ni memang boleh dirumuskan saat yang serabai seh…….

Tuesday 4 October 2011

Masalah serabai seh...

Entah la....manusia memang kene mengalami masalah dalam setiap perkara yang dilakukan. walau bagaimanapun kite mengelak perkara seperti masalah pasti akan di alami kita sumua. hanya kita yang mampu menentukan kemampuan diri untuk menghadapi nya atau tidak. ada sampai satu masa tu kite macam tak mampu pun ank citer kat orang lain.lalu blog spot ni la menjadi salah satu bagaimana kiter meng'ekspres'kan perasaan kiter yang terbungkam di dada yang sempit ni. saya ulang sekali lagi yer SALAH SATU TEMPAT.....bukan nya SATU-SATUNYA TEMPAT. jadi saya ade beberapa cara atau petua yang saya lakukan ketika menghadapi masalah..
                         1. biler jew dpt masalah....beristighfar (Astaghfirullahalazim)
                         2. kurang bercakap dan pikir balik macam mane masalah ni boleh jadi
                         3. nangis sikit....(sebab cara ni boleh kurang kan sikit presure kowt,hihi)
                         4. pandang atau lihat pemandangan luas yang hijau..(rumput pun boleh kowt sebab orang                                                                                                                                                                                             kalo tengok benda hijau elok untuk mata dan minda, baru lepas nangis kan. hikhik)
                         5. Solat n Baca Al-Quran adalah ubat paling mujarab bagi saya.
Nukilan ni terhasil setelah masalah telah mengundang dalam hidup saya sekarang ni. memang rase macam serabai seh......