Aku seorang yang tidak gemar merubah keluk kehidupan ku dengan secara tiba2. Perjalanan kehidupan ku boleh di katakan mendatar sahaja selalu. Walau bagaimanapun ak cuba mengatur kan perjalanan hidup ku ini untuk sentiasa lurus ke jalan yang nyata. Namun pasti terdapat beberapa halangan yang mengganggu juga di persimpangan jalan (ceeewah~ mcm ayt novel, pergh la). Oleh sebab itu juga ia telah sedikit memberi impak kepada kekurangan sense of women aku. Hal ini terbukti dengan pemakaian ku yang seiring sama dengan abangku ketika aku di awal tingkatan 1. Foto yang terjengah di para buku rumahku itu ku tarik dan ketawa menerjah ruang tamu ku. Gambar itu menunjukkan betapa bungul nyer aku berpakaian begitu:-
Seluar = seluar slack kiko coklat
t-shirt = t-shirt printed gambor Tom&Jerry (masuk dalam seluar ye)
tudung = tudung fesyen ikat belakang
Ya ampun, ape kejadahnya pemikiran aku ketika itu. Senyuman yang terukir di wajah ku bukan nak kata la, memamng 100% bajet cun. Oleh kerana aku membesar tanpa kehadiran seorang kakak, role model ku hanya tertumpu pada abangku. Apabila sahaja ak menceritakan perihal ini kepada rakan2 seperjuangan ku yang lain pasti mereka memberi reaksi yang sama “ye ke, memang la ko serabai”…. SO WHAT?!
Berbalik pada main point di atas, perubahan yang mendadak akan selalu membuat aku rasa sangat susah pada permulaan nya. Jadi TOLONG LAH!!!! …….JANGAN !!!!!! terasa hati pada sesiapa yang cuba untuk menambah kan rempah atau sesuatu yang baru dalam pejalanan kehidupan ku ini, sekiranya Saya selalunya tidak dapat yeee menerime yeeee (toleh kiri kanan sikit) cadangan anda semua. Arghhhhhhhhh, stresss la…..
Nak berubah kene ade KOMITMEN……aduh la….ntah la….wow aku tulis blog sebab stressss….warghhhhhhhhh.
Ok, tenang balik Farah….Tarik nafas dalam-dalam~ (kembangkan hidung sebesar serombong)
Dan lepaaaaaaaaaassss…………haaaaaaaaaahh!!!!! (nah amek ko bau mulut).
Baik ye, ketenangan akan….akan….datang dari jiwa yang tenang yep, Yep. Dari minda yang cerdas dan selami jiwa. (johan telah byk memberi pengaruh dalam hidup aku), argh~ Serabai Seh...
No comments:
Post a Comment